Monday, January 4, 2016

Perth : Part 2

Assalammualaikum

Hi people. Happy new year gaiss ! Sebenarnya agak lawak la jugak sebab baru nak update entry pasal third and last day kat Perth hari ni sebab da masuk tahun 2016 baru nak cite pasal kisah 2015. Takpe lah. Belum sebulan pon lagi cerita ni so maybe boleh lagi kot. So, disebabkan cerita ni macam dah kurang fresh, i will go straight to the point je la kali ni. Okay,lets go !


DAY 3: PERTH CITY

Mencari Bus Stop

Day 3 kiteorang sangat survival. Sebab Maz and Nazirul ada kelas so both of them can't go with us. First task kiteorg adalah kena cari bus stop utk ke Murdoch Station. To be honest, sepanjang dua hari kat Perth, aku nampak dua tiga je bus stop Tapi aku diam je la takde nak persoalkan. Before Maz pergi, dia cakap bus stop warna hijau. Kiteorg pon berjalan la cari bus stop. Dah 5 minit jalan. seriously tak nampak langsung bus stop. Padahal google map cakap da nak sampai destination. After few seconds kebingungan, then we spotted the bus stop. Terkejut iteww tauuu bila jumpa bus stop ni



Wana cakap ni la bus stop yang dia rasa lagi rendah dari dia. Then aku terfikir, ada ke bus stop yang lagi rendah dari aku selain bus stop ni ? So, i think we are just the same. Ni lah bus stop yang lagi rendah dari aku. Hmmm. Bus stop dia sebatang je macam ni, mana aku nak perasan. 

Salah Naik Train 




Dah sampai Murdoch Station. Tanya dulu guard nak naik train mana untuk pergi ke Perth Underground but then still salah naik train. HAHAHAHA. Patutnya kena pergi ke arah Perth tapi kiteorg naik train nak ke Mandurah. Sebab kiteorg confuse bila Google Map tulis Mandurah Line. So, kiteorg yakin la nak ke arah Mandurah. After dua station gak la kiteorg baru perasan kesilapan kami.


Not this line. Kesilapan itu biasa bagi foreigner genius
*phewww*


Sampai dah city

Alhamdulillah. Walaupun membazir masa atas train, we managed to sampai juga ke Perth City. Tahniah wana and zaitul and me :p
Perth City sangat berbeza dengan Adelaide. City kat Perth sangat besar dan memeningkan. First thing yang kiteorang cari kat City is landmark of Perth. Tatau sebenarnya nak amik gambar apa. hahahaha.
Kiteorang end up pergi cari kedai makan dulu pastu masuk kedai souvenir.  Masa tengah makan tu sempat la google kat mana harus kiterg pergi bila da sampai Perth ni. And here the result of our adventures. Ceh poyo padahal takde le banyak mana pon tempat pergi. HAHAHA

1) THE BELL TOWER
Nak masuk tower ni kena bayar. Da lupa berapa tapi agak mahal la jugak. sila google kalau nak tau. Dalam tower ni ada 18 bells yang memang sentiasa berbunyi la. Tatau la tourists yang bunyikan or auto. But kalau lalu sekitar ni memang akan dengar lah bunyi bell macam jam tu. 




Tak mampu nak masuk kita melompat je la depan tower tu. Makcik pakcik nampak kiteorang melompat dieorang sengih je. Apa la bebudak ni dok melompat . 


Melompat lebih tinggi. 

2) KANGAROO IN THE CITY

Time ni text Nazirul cakap pasal apa ntah, lupa

Nazirul: Kau kat mana sekarang ?
Aku    : Tengah selfie ngang kangaroo
Nazirul: Mana datang plak kangaroo tengah city
Aku    :




Hah see. Ada lah kot Kangaroo tengah city, Orang yang study Perth pon tak pernah tahu so this was an achievement for us. The Genius Traveler. 


Statue Kangaroo ni ada kat St George's Terrance. Rajinkan diri untuk mencari di mana mereka berada 





Masa bergambar dengan Kangaroos ni, rasa segan la juga sebab orang local sume pandang je kiteorg bertiga. Malu sebenarnya but like we care. Bukan selalu nak datang Perth kot. Hewhew

 3) THE GREEN CACTUS

Okay. The Green Cactus ni sebenarnya landmark pertama kiteorg jumpa at city tu tapi kiteorg try to avoid nak bergambar kat sini sebab ramai sangat orang masa tu kat area ni. Kiteorang try to cari other landmark tapi tak jumpa. So in the end, kiteorg datang balik pastu bergambar.


The Green Cactus also known as The Green Blob  and The Angus Alien
*sumber dari Encik Google*




Percubaan selfie untuk ada orang perasan pastu offer amikkan gambar tapi malangnya percubaan kami gagal. 
*Kat Perth takde starch*


4) PERTH ARENA

Perth Arena is an entertainment and sporting center. Kalau ada concert or tournament sukan. kat sini la akan diadakan.





Benda ni boleh berubah rubah sebenarnya. Tapi bila aku amik video dia taknak plak berubah. Sakit hati itewww


5) PERTH'S CITY


Jalan jalan kat city tetiba jumpa lorong old school. Ada abang salleh photobomb.


Kat satu kedai lorong ni, kiteorg terjumpa sorang uncle yang pernah duduk Malaysia 17 tahun. He can speak Malay but with English slang. Very nice person.

6) COTTESLOE BEACH
Balik dari city, Maz and Nani ajak g mandi pantai. Memula rasa malas la juga sebab kat Adelaide pon tak pernah kot mandi pantai. But, melihat Maz dan Nani yang sangat bersungguh sungguh melayan kteorg sepanjang berada di Perth, kiteorg pon pergi. Thanks Maz dan Nani sebab sangat melayani kiteorg. Sayang korang. 
Ombak kat pantai WA sangat ganas seh. Aku rasa macam dua tiga kali hampir nak lemas tapi aku sempat berpaut pada Maz, Dia la yang paling eksaited ajak ke tengah sebab aku dok main tepi tepi pantai je. Maz siap ajar teknik lagi camne nak menghadap ombak. Hahaha. After like 10 minutes, aku mengalah. Tak mampu dah nak main kat tengah. But, it was so fun mandi pantai. Seronok. 


Nampak kamera behave la memasing


Jumppp lagi



Maz si ninjaaa

Balik Malaysiaaaa. Yayyyy

Finally, the day has come. Excited sangat. Maz dengan Sah (housemate Maz) hantar kiterog ke airport. Plan asalnya si Nazirul but the plan bertukar sebab takut tak sempat. So, everything went smooth until I remembered something. Tengok kiri kanan. Okay wana and zaitul dah lentuk. Guess what ? I left my jacket and Hiro at Maz's house. HAHAHAHA. Btw, Hiro tu my ASUS phone. Masa tu blank la juga sebab da jauh. kot nak suruh Maz patah balik. So, i buat cool je. Aku buat okay je sampai la kat airport aku bgtau Wana and Zaitul. Reaction dieorang ntah aku pon da lupa. Mungkin dieorg pon dah menjangkakan ini akan berlaku. So, masa tengah tunggu untuk naik flight, (lama la juga), aku terfikir untuk minta tolong Nazirul bawakan balik barang aku tu bila dia balik Melaka bulan Feb nanti. Yes. Aku da bersedia da masa ni untuk beli simkad baru. HAHAHAH. After bgtau Nazirul rancangan aku, tetiba Maz call . Dia tanya la semua details barang yg aku tinggal and then dia kata Nazirul akn hantar barang kat airport since kelas dia da habis. Hmmm rasa bersalah tapi lega. Boleh tak macam tu ? Hewhew. After like 20 minutes, Nazirul call;


'' Yatt, jaket kau yang kat atas kerusi ni ke?"
"Haah haah. Ada tak fon dalam tu ?"
" Hah ada. Hmm tudung merah ni kau punya juga ke"
"erk, haah"

Wana and Zaitul yang kat sebelah da muka terkejut. They were like 

"Oh my God. Yatt seriously lah kau tak perasan tertinggal tudung and then a guy yang perasan barang kau ?"


Hahaha. Aku ada teringat juga sebenarnya pasal tu tapi masa mamat tu call, aku terlupa langsung. Disebabkan rasa bersalah sebab menggunakan masa dia serta menyusahkan dia, aku dah ready $5 untuk bayarkan duit parking dia ( wana, nanti aku transfer eh. hewhew). And after 20 minutes later, Nazirul pon sampai dengan barang barang aku. Masalahnya aku boleh pulak minta dia amikkan gambar kami tiga after da menyusahkan dia. HAHAHHAAH. I out of my mind masa tu. Sorry and thanks brother. Oh ye, aku lupa dengan niat aku nak bagi kau $5 duit parking. Hiks



Thanks Perth ian


At 2pm, kiteorg check in masuk ke imigresen and lama juga la nak tunggu untuk check in masuk flight. Hmm tapi nak buat macam mana, hadap je lah. Btw, naik Malindo ni best juga tau. Selesa. Seat tak sempit. Terbayang nanti next time naik Air Asia mesti sempit dan tak selesa. Hmmm. Makanan pon sedap. Nyummeh







Boleh berhibur


Mahal mahal


Night at the Museum 2


Cover je tuuu sume


Wana terpandang kamera pastu memalu



Dah sampai yay



Aku gelabah nak amik gambar after turun flight. Hahahaha


Last but not least, a thank you video from my two artists to everyone at Perth who helped us 
Thank youuuuu from us, The Genius Traveler. 
(k nama ni tetiba je letak sebenarnya jangan terkejut k wana and zaitul)
Muahahahah


Aku tatau la sebutan Perth aku tu betul ke tak. Hehee


Okay. Now its done for 2015. I hope I can write more on 2016 about my experiences at Australia. Harapnya tahun ni dapatlah pergi Sydney or Brisbane pulak. Lastly, i wish all the best to all readers for 2016 and i hope all your goals for this year will achieve. Fighting for all of the goals! 

Adios ~